I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 6, 2011

Go Power

11 HERBA TERBAIK DALAM 1 SACHETS

Minuman Pelengkap Go Power ianya diformulasikan dengan ekstrak 11 herba terbaik dalam 1 sachets dipercayai dapat membantu masalah dalaman khususnya bagi masalah-masalah lelaki yang manghadapi masalah letih lesu dan tidak bertenaga sekiranya diamalkan secara konsistant (berterusan). Disarankan minum pagi dan malam sebelum tidur.

Antara herba-herba terbaik yang digunakan ialah :

BIDADARI MERAH (BUTEA SUPERBA)

Bidadari Merah mempunyai khasiat bagi menggalakkan fungsi sensitif dan keupayaan seksual pasti akan membantu untuk meningkatkan fungsi seksual dan kemampuan ereksi. Butea Superba mengandungi herba semulajadi yang terbukti berupaya menaikkan nafsu syahwat, meningkatkan fungsi seksual dan meningkatkan stamina seksual, merangsang tenaga batin lelaki, menguatkan semangat kejantanan, melambatkan ejakulasi, awet muda, merawat mati pucuk, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit ghout, mencegah dari penyakit tulang dan sendi, meningkatkan daya ingatan, menjadikan kulit lebih tegang dan berseri.



TONGKAT ALI (EURYCOMA LONGIFOLIA)

Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan. Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack adalah sejenis akar yang terdapat di kawasan pedalaman hutan hujan tropika Malaysia. Ia terkenal sebagai sejenis akar yang boleh memulih dan menguatkan tenaga batin lelaki secara semulajadi. Bukan itu sahaja, kehebatan minuman herba yang diperkaya dengan Tongkat Ali yang asli mempunyai khasiat-khasiat berikut:

Menguatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan keletihan, menguatkan ketahanan badan terhadap penyakit, meningkatkan aktiviti seksual melalui peningkatan tenaga dan kiraan sperma, meningkatkan prestasi mental, mengurangkan lemak dan menguatkan sistem penghadaman.



UBI JAGA (SMILAX MYOSOTIFLORA)

Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit sifilis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.



HABBATUS SAUDA (NIGELLA SATIVA)

Habbatus sauda (Black Seed) yang tumbuh di Mesir, India dan di Negara-negara Laut Tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit. Habbatus Sauda juga untuk meningkatkan sistem penghadaman dan melancarkan sistem pernafasan. Bijirin Hitam (Habbatus Sauda) amat baik bagi mereka yang mengalami masalah lelah, mengandungi kadungan vitamin dan mineral yang penting bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ia juga meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu, membantu menambah rangsangan seksual, baik bagi penyakit ghout dan amat digalakkan dimakan secara pengambilan supplemen/makanan tambahan.



GOJI

34 SEBAB KENAPA KITA PERLU AMBIL GOJI - KAJIAN DR EARL MINDELL

Membantu memanjangkan umur, meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal, kelihatan rasa muda, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, anti kanser, mengekalkan paras kolestrol yang sihat, mengimbangi paras glokus dan mengawal penyakit diabetes, meningkatkan libido dan fungsi seksual, mengurangkan berat badan, melegakan sakit kepala dan pening (dizziness), tidur nyenyak, memperbaiki kualiti penglihatan, menguatkan jantung, menghalang peroksidasi lipid, tahan penyakit, meningkatkan respon imun, kawal dan lawan kanser, melindungi DNA (informasi genetik), menghalang pertumbuhan tumor, mengurangkan kesan toksik rawatan kimoterapi (chemotherapy), penghasilan darah yang kuat/berkualiti, meningkatkan jumlah lymphocyte, anti pembengkak-kan dan anti-artritis, menyokong hati, merawat simpton menopause, mengurangkan alahan mengandung (morning sickness), meningkatkan kesuburan, menguatkan otot dan tulang,menyokong kesihatan buah pinggang, menguatkan daya ingatan, membantu mengurangkan batuk, meredakan kemurungan dan tekanan, penguat semangat dan membantu penghadaman.



GUARANA (PAULLINA CUPANA)

Pengakuan Pakar Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana katanya "Guarana adalah 100% organik". Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin yang baik kepada badan manusia. Dengan ini, ia mendapat nama harum sebagai ubat awet muda. Ia kaya dengan guaranin yang boleh diserap oleh badan manusia secara perlahan. Pentadbiran Pemakanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat, selain Institut Pasteur, telah mengiktiraf Guarana sebagai makanan kesihatan semulajadi.

Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka bahawa: "Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan". Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, selain dapat meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Ia juga menggalakkan metabolisme organ badan dan memperbaiki tisu organ dalaman. "Ahli bio kimia Paul De Cointe menjelaskan : "Guarana adalah sejenis ubat penenang saraf yang dapat melegakan ketegangan. Ia sejenis buah yang dapat mencegah arteriosklerosis, menguatkan jantung, berkesan terhadap sakit kepala dan neuralgia". Antara kebaikan Guarana membantu masalah kelesuan yang kronik, mental dan fizikal lemah, kesukaran bernafas, sistem ketahanan badan yang lemah, fungsi seks yang tidak sempurna, demam, jangkitan, keresahan, tekanan, cirit-birit, kesakitan, penuaan, pencemaran dan pembekuan darah, kegemukan, sakit perut kerana makanan tidak hadam, arteriosklerosis, masalah merokok, kesakitan kedatangan haid, tekanan darah tinggi dan diabetis.



GINKGO BILOBA

Ginkgo Biloba digunakan dalam perubatan tradisional untuk memperbaiki proses peredaran darah dan menguatkan daya ingatan. Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman dan Perancis untuk penyakit Alzheimer dan penyakit lain berkaitan otak dan mental. Dua komponen penting dalam ginkgo biloba adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid mempunyai kesan antioksida yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Selain itu, ginkgo juga meningkatkan pengaliran darah ke penis seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi apabila terdapat ransangan seks. Membantu memperbaiki kualiti darah dan kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.



TRIBULUS

Merangsang hubungan suami isteri, melancarkan tenaga kelelakian (tenaga batin), melazatkan jimak dan melambatkan klimaks, menghilangkan kebas-kebas, sengal-sengal sendi, menghilangkan sakit otot dan urat, melawaskan pembuangan najis, membuang angin, meningkatkan pengeluaran hormon, merawat masalah resdung, mencuci buah pinggang, membantu menyelesaikan masalah paru-paru berair, kencing manis dan darah tinggi, awet muda, melancarkan peredaran darah, membuang toksin dan racun dalam badan dan merawat ghout



HOME








BUY

No comments:

Post a Comment