I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 4, 2011

Syampu Kelapa Dara

Syampu

Membersihkan lebihan minyak pada kulit kepala dengan satu cucian.

Membersih & Menyegarkan… dan menghilangkan kelebihan minyak pada kulit kepala dengan satu cucian. Diperkaya dengan nutrient Minyak Kelapa Dara, Ia membersih Dan menyuburkan rambut dan kulit kepala serta menghalang kelekitan dan kegatalan setiap hari. Untuk kulit kepala yang bersih dengan kesegaran yang berterusan, gunakan setiap hari.

Minyak kelapa dara

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Untuk keterangan lanjut,sila klik di tajuk ini. Minyak Kelapa Dara.

Tocotrienol

Tocotrienol adalah ahli dari keluarga vitamin E, Sebuah nutrisi penting untuk tubuh, vitamin E terdiri daripada empat tocopherol (alpha, beta, gamma, delta) dan empat tocotrienol (alfa, beta, gamma, delta). Salah satu contoh fungsi vitamin E dalam tubuh adalah untuk melindungi selaput sel,halaman aktif enzim dan DNA dari sebarang kerosakan akibat radikal bebas.

Bio enzim

Pemangkin biologi atau pemangkin kepada sel tubuh badan kita.Enzim terdiri daripada pelbagai jenis protein yang bekerja untuk mendorong reaksi kimia yang diperlukan untuk tindakan tertentu atau gizi. Bagi penggunaan kosmetik,enzim yang di gunakan mampu untuk membantu sel kulit bertindakbalas terhadap sebarang radikal dan masalah.

Kelebihan Syampu Kelapa Dara

Syampu herba Bio-asli, diperkaya dengan nutrien Minyak Kelapa Dara, Tocotrienol dan Bio-enzyme. Minyak Kelapa Dara yang terdiri dari MCFA adalah sumber tenaga ampuh bagi pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, selain sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-protozoa yang sangat baik untuk melindungi kulit kepala. Sementara Tocotrienol merupakan anti-oksida terbaik, bagi menghalang tindak balas radiakal bebas, manakala Bio enzyme berfungsi sebagai ‘catalyst kepada seluruh aktiviti sel-sel kulit dan rambut. Ia benar-benar membersihkan, menyegarkan dan memelihara rambut dan kulit kepala dan mencegah kelemumur. Sesuai untuk semua jenis rambut.

Syampu Minyak Kelapa Dara Bioasli merupakan pilihan anggun. Ekstrak tulen daripada minyak kelapa dara, terkenal sebagai "terapi rambut semula jadi". Kualitinya yang melindungi rambut serta kulit kepala mengikut struktur semula jadi. Ekstrak tersebut bertindak sebagai pelincir pada rambut serta melembutkan struktur rambut.

Minyak Kelapa Dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas daripada kelemumur, kutu dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan dibenua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ia juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak.

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan- bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan pula mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Madu berfungsi untuk menjadikan rambut berkilau. Selain itu, madu juga mampu menjaga dan menyihatkan kulit kepala serta rambut.

Minyak Zaitun kaya dengan zat dan mineral. la dikenali sebagai "Penawar herbal kepada rambut dan kulit kepala". Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat menembusi kulit kepala dengan mudah serta menyihatkan, melindungi dan melembutkan rambut serta sentiasa mengekalkan kesuburan rambut. Kandungan vitamin A dan E, membantu mencegah sinaran matahari dari merosakkan rambut.

Tocotrienols adalah antioksidan yang mampu melindungi kulit dari kesan tindak balas radikal bebas, meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan kulit. Selain itu juga ia amat berkesan membantu meningkatkan imuniti badan dan menghindarkan penyakit. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kawalan sistem imunisasi badan serta berupayaan mengurangkan kolesterol dan kesan anti-kanser.

Bio-enzim adalah merupakan ‘catalyst’ yang mampu meningkatkan keampuhan dan kesihatan sel-sel kulit. Enzim terdiri daripada pelbagai jenis protein yang bekerja untuk mendorong reaksi kimia yang diperlukan untuk tindakan tertentu atau gizi. Bagi penggunaan kosmetik,enzim yang di gunakan mampu untuk membantu sel kulit bertindakbalas terhadap sebarang radikal dan masalah.

Penggunaan syampu secara berterusan menjadikan rambut anda:

· Lembut dan bermaya

· Lebih hitam dan bersinar

· Lebih mudah diurus

· Menghuraikan masalah rambut kasar

· Membantu memperbaiki tekstur rambut rosak akibat perwarnaan, pengeringan dan pelurusan rambut.


Penggunaan:

Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga 5 minit dan kemudian dibilas.


“Menjadikan rambut anda lebih hitam, sihat dan bermaya”

Mahu membelai dan memanjakan rambut anda?

Mahu memiliki rambut yang sihat, lembut dan berseri?

Sama sekali berbeza dengan syampu yang dijual di pasaran. Syampu Minyak Kelapa Dara Bioasli mempunyai 4 kandungan utama iaitu Minyak Kelapa Dara, Tocotrienol, Madu dan Bio-enzim yang memang diyakini khasiat dan kebaikannya.

Haluskan, licinkan, dan harumkan rambut anda.

Anda akan berkeyakinan apabila berada di khalayak ramai dengan kesegaran, rambut yang cantik dan halus serta keharuman yang memikat.

Miliki produk yang berkualiti tinggi ini dengan segera sebelum kehabisan stok.


HOME

BUY



No comments:

Post a Comment