A![]() ![]() |
HABBATUS SAUDA’
(BIJIRIN HITAM)
(BLACK SEED)
Habbatul barakah ~ The seed of blessing
Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
PENGENALAN
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
SEJARAH BLACK SEED
Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.
|
BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERPERANAN
Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.
Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.
NILAI PEMAKANAN
Habbatus sauda’ diperakui sangat kaya dengan nilai pemakanan, diantaranya adalah:-
· Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose.
· Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
· Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
· Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
· Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
· Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
· Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
AKTIVITI BIOLOGI HABBATUS SAUDA’
Anti-bakteria | Hemostatic |
Anti-fungus | Analgesic |
Anti-hiperglycemin | Hipotensif |
Anti-hipercholesterolemic | Diuretic |
Bronchodilator | Hipoglycemic |
Hiholipaermic | |
Anti-tosik | Anti-yis |
Anti-spasmodic | Anti-helminthic |
Lactogogue | Emmenagogue |
|
“HABBATUS SAUDA- UBAT SEGALA PENYAKIT KECUALI MATI " (Sahih Bukhari) |
KLASIFIKASI SAINTIFIK | |||||||||||||
Nigella sativa tergolong dalam kelas Magnoliophyta, oder Ranunculales, famili Ranunculales, genus Nigella dan species N.sativa.
Dalam bidang botani ia dipanggil Nigella sativa.
|
KOMPOSISI KIMIA
Biji habbatus sauda’ mengandungi 1.5% minyak teruap, sementara 37.5% minyak tak teruap. Disamping itu ditemui juga albumen, gula, asid organic, dan glucoside melanthin metarbin.
KOMPOSISI MINYAK.
Habbatus sauda’ mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi yang sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Asid ini tidak boleh diproses guna (disintesis) oleh tubuh badan dalam jumlah yang mencukupi. Oleh itu kehadirannya dalam habbatus sauda’ sangat bermanaafat jika diambil untuk membantu tubuh mendapatkan sumber kesihatan.
Persediaan perubatan mengandungi linoleic dan linolenic asids telah digunakan secara meluas untuk merawat menurunkan paras kolesterol darah, eczema, dan penyakit kulit, tekanan pra-haid, berbagai tumor, penyakit pembekuan darah (arterio-thrombotic diseases), rheumatoid arthritis dan sclerosis.
ANALISA VOLATILE OIL
Analisa ke atas kandungan volatile oil (essential oil) di dalam habbatus sauda’ memperlihatkan kandungan bahan-bahannya telah terbukti berkesan memberikan tindakbalas berikut. Bijinya yang mengandungi satu daripada empat volatile oil mengandungi komposisi berikut :-
Keputusan Analisa Volatile Oil
Volatile Oil | Peratus (%) | Sifat-sifatnya |
Cymene | 32 % | Digunakan kerana keupayaannya bertindak menghilangkan sakit pada pengidap rheumatism |
Pinene | 3 % | Jika termakan boleh memberikan sedikit kesan expectorant dan kesan colic. Jika digunakan pada bahagian luaran ia memberikan kesan seperti Cymene. |
Carbony | 25 % | Mempunyai keupayaan sebagai antiseptic dan antibiologikal. Dari ujian lanjut ia disahkan berkesan terhadap organisma gram-positif dan juga organisma gram negative. |
Carvone | 0.05 % | Diketahui mempunyai sifat anti-colic dan flatulence. |
Limonene | 27 % | Berkesan dalam rawatan batukarang |
Nigellon semohiprepinon | 1.5 % | Bila disapukan di dada atau terhidu ia meluaskan saluran pernafasan, menyerap kesakitan yang berpunca dari pengecutan muskular semulajadi (cramps ~ painful involuntary muscular contraction), meningkatkan suhunya, sekaligus mengurangkan kesan akibat bronchial athma dan batuk. Ia juga menghalang pengeluaran histamine |
Thymochinon |
| Ia menghalang infeksi, menghilangkan kesakitan, merangsang gall bladder dan berperanan sebagai anti oksidan |
KANDUNGAN BIOKIMIA
Secara ringkas kandungan biokimianya adalah seperti berikut:-
Alanine | Arginine | Asid askorbik | Asparagine |
Campesterol | Carvone | Cimene | Cystine |
Asid dehidroaskorbik | Thimohidroquinone | Alpha spinasterol | Asid eicosadienoik |
Glucose | Asid Glutamik | Glicine | Iron |
Isoleucine | Leucine | D-limonene | Lipase |
Asid linoleik | Asid linolenik | Lisine | Methionine |
Asid miristik | Asid oleik | Asid palmitik | |
Phenilalanine | Phitosterols | Potassium | Beta-sitosterol |
Asid stearic | Alpha spinasterol | Stigmasterol | Tannin |
Threonine | Thimohidroquinone | Thimoquinone | Triptophan |
SIFAT-SIFAT PHARMAKOLOGI dan TOXIKOLOGI HABBATUS SAUDA’
Tindak balas pharmacologi ekstrak biji habbatus sauda’ (seperti sebahagian komponen aktifnya seperti volatile oil dan thimoquinone) dilapurkan memberikan kesan perlindungan terhadap nephrotoxicity (kesan komplikasi toksik pada buah pinggang) dan hepatotoxicity (kesan komplikasi toksik pada liver) akibat samada dari penyakit atau sumber kimia. Biji dan minyaknya dilapurkan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti anti-inflammatory, analgesik, antipyretik, antimikrobial dan antineoplastik. Minyaknya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambah baik pernafasan. Perawatan ke atas tikus dengan menggunakan ekstrak biji habbatus sauda’ selama masa 12 minggu telah menemukan hasil perubahan haemogram yang meliputi penambahan packed cell volume (PCV) dan haeglobin (Hb) dan penurunan dalam kepekatan plasma kolesterol,triglycerides dan glucose. Bijinya disifatkan sebagai sangat rendah dalam kandungan toksiknya. Pemerhatian ke atas ekstrak dan minyaknya telah menunjukkan ia tiada kesan negative terhadap hati dan buah pinggang. Namun kesan berguna dalam penggunaan biji dan thymoquinone ialah ia mempunyai keupayaan sebagai antioksidan dan cytoprotectif, juga kesannya ke atas setengah punca inflammation
LEBIH 100 BAHAN AKTIF TERKANDUNG DALAM HABBATUS SAUDA
|
Menurut kajian yang dijalankan di the Munich Institute for Researched on Newer Therapeutic Methods (Munchner Institut zur Erforschung neuer Therapieverfahren) dengan menggunakan kaedah analisa termoden mendapati bahawa habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan. Namun dengan kepesatan perkembangan sains mutakhir ini, ada kemungkinan satu atau lebih bahan aktifnya digabungkan dengan preskripsi farmasi untuk tujuan dan dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan ekstrak habbatus sauda’ ini, berkemungkinan dapat di adun secara kimia demi untuk menjadikannya lebih berkesan dalam pengubatan.
Walaupun mungkin ada dakwaan yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu, dengan ditambahkan bahan-bahan additif akan dapat menambah keberkesanannya dalam perawatan. Namun keupayaan penyembuhannya dalam bentuknya yang asli perlu di diberikan perhatian.
Secara ringkas sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:-
- Habbatus sauda’ dalam keadaan dan bentuknya yang asli akan berfungsi membantu sistem pemulihan semulajadi tubuh dalam mengatasi penyakit dan mengekalkan kesihatan. Ia bertindak di bahagian dan juga sistem tubuh tanpa mengganggu keseimbangan semulajadi tubuh dibahagian-bahagian lain.
- Kesan pengambilan habbatus sauda’ dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.
Kesimpulannya habbatus sauda’ mempunyai sifat hipertensif, karminatif dan anthelmintik
KENYATAAN PAKAR-HABBATUS SAUDA DALAM PENGOBATAN MODEN
“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use"
Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D.Pengarang buku Planetary Harbology
Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.
Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA
“ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser".
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir
” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA
“ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt
“ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists
“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
University Pochefstroom
” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman
” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany
” Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina
” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
No comments:
Post a Comment