I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 29, 2011

D’CORNZ ROYALLE


(Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati)

HARGA PASARAN: RM49.90

BERAT BERSIH : 10gm x 20 sachet


KHASIAT JAGUNG


- Amat kaya dengan protein, kalsium, betakerotina, fosforus, zat besi, serat tinggi mengandungi vitamin A, B1, B5, C dan K yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.

- Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga segera kepada tubuh.

- Bagi pengidap diabetes, jagung mampu menurunkan serta mengimbangi kadar gula dalam darah.

- Asid folat di dalam jagung dapat mencegah kacacatan pada bayi ketika dilahirkan. Sangat disarankan kepada penghidap anemia.

- Karotenoid yang dikenali sebagai Zeaxantin di dalam jagung sangat baik untuk mata dan berfungsi sebagai anti-katarak serta mampu melindungi retina dari masalah ‘Kemerosotan Maskular Berkaitan Umur’ (AMG-Age Mascular Digeneration) yang berisikio menjadi buta.

KHASIAT KURMA


Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,

potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix

dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus,

di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam

bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi

sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa

yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh

membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati

penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan

setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus

kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah

kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus

menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau

madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

KHASIAT MADU


Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan

Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / pergunakanlah olehmu

sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri

dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin

yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan

tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal

ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah

dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah diri daripada

pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi

agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga

memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah

SAW juga mengamalkannya.

Galakan memakan/ meminum madu di pagi hari ini diperkuatkan lagi dengan satu

lagi hadith Nabi SAW. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya).

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan,

maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar

pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat

dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan

yang terbakar. Selain itu, memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk

yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya

pada bahagian kaki.

KHASIAT GINGKO BILOBA


Ginkgo biloba telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat proses

peredaran darah yang terganggu (circulatory disorders) dan menguatkan daya ingatan.

Kajian saintifik sejak bertahun-tahun yang lalu turut menyokong perubatan tradisional ini.

Bukti menunjukkan GBE adalah berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan

dengan pengurangan aliran darah ke otak yang biasanya berlaku pada individu yang

berumur. Kajian makmal menunjukkan GBE memperbaiki peredaran darah

dengan membesarkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet darah.

Daun ginkgo juga mengandungi dua jenis bahan kimia (flavonoid dan terpenoid)

yang dipercayai mengandungi ciri-ciri antioksidan. Antioksidan adalah bahan yang

diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan membantu mengurangkan

atau mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kehadiran radikal

bebas boleh melumpuhkan sebatian dalam badan yang mengubah membran sel,

merosakkan DNA dan juga menyebabkan sel mati. Radikal bebas terjadi secara

semulajadi dalam badan tetapi toksin persekitaran (termasuk cahaya UV, radiasi,

asap tembakau dan pencemaran udara) juga boleh menambah bilangan zarah-zarah

yang rosak. Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk

sakit jantung dan kanser sebagaimana ia menyebabkan penyakit Alzheimer dan penyakit

kronik lain.

Ginkgo Biloba merupakan spesies pokok tertua. Sepohon tunggal ginkgo boleh hidup

selama 1000 tahun dan tumbuh sehingga ketinggian 120 kaki. Ia mempunyai

ranting/dahan pendek dengan daun berbentuk kipas dan buah yang tidak boleh dimakan

yang mengeluarkan bau yang kuat. Buahnya mengandungi biji benih dan terdapat satu

laporan keracunan makanan setelah makan biji benih tersebut.

Kajian moden telah memfokus kepada GBE iaitu ekstrak ginkgo biloba yang

disediakan daripada daun hijau yang telah kering. Ekstrak ini dipekatkan dan kelihatan

lebih efektif secara klinikal dalam merawat masalah kesihatan (terutamanya penyakit

yang berkaitan dengan peredaran darah).

Lebih 40 komponen yang diekstrak daripada pohon ginkgo telah dikenalpasti tetapi

hanya 2 komponen yang dipercayai memberi kesan herba yang bermanfaat kepada

manusia iaitu flavonoid dan terpenoid. Flavonoid (seperti quercetin dan rutin) mempunyai

kesan antioksidan yang berpotensi tinggi. Kajian makmal menunjukkan flavonoid

melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala

terpenoid (seperti ginkgolide) memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan

saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

* Membantu memperbaiki keadaan hipoksia (kekurangan oksigen) terutama pada tisu otak

* Mencegah kejadian edema serebrum akibat trauma hipoksia

* Meringan edema retina dan kecederaan sel-sel pada retina

* Memperlahankan pelepasan reseptor kolinergik muskarinik dan reseptor adrenergik yang

berkaitan dengan penuaan.

* Membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan

* Membantu menperbaiki masalah keseimbangan badan

* Meningkatkan pengedaran darah terutamanya ke bahagian peredaran mikro

* Melancarkan aliran darah dengan mengurangkan kelikatan darah

* Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas

* Mengelakkan pembekuan darah dengan menindas pembentukan PAF

* Berfungsi melindungi sistem saraf

KHASIAT BUAH PALA


Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya

merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap

bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat

serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga Myristicaceae, yang

dikenali dengan nama saintifiknya Myristica Fragrans juga merupakan penawar

untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan

dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya

pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah

satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit



KHASIAT MINYAK ZAITUN


Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di

benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga

keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur.

Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat

Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan,

di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang

memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan urutan (massage) terapi

Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Vitamin E yang

terkandung di dalam minyak zaitun di dapati boleh merendahkan kolestrol LDL

(kolestrol jahat), tekanan darah tinggi dan risiko koronori jantung.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO)


- Tidak membebankan organ pancreas

- Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadam)

- Sudah mula dihadamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.

- Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima

- Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.

- Sel jadi cekap dan efisien

- Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas

- Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh

- Tiada kolesterol

- Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid

- Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.

- Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.

- Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)

- Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)

- Meningkatkan daya tahan (endurance)

- Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.

- Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.

- Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalahalternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.

- Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

- Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .

- Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

- Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.




KHASIAT GARAM BUKIT


Garam bukit merupakan salah satu zat mineral yang berguna untuk kecantikan dan

kesihatan serta dipercayai mampu membantu ke arah kesihatan optimum. Daripada 84

elemen galian yang terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling

penting dalam diet yang sihat dan garam bukit ini mengandungi semua elemen galian

tersebut.

Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir

(caj elektrik). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, setiap gejala

dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau kekurangan zat

mineral dalam tubuh.

Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida

meningkatkan tekanan darah berbanding garam bukit semula jadi. Garam ini

mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh digunakan

oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu bahan penting bagi penghadaman.

Oleh itu, sedikit garam di ambil sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik

dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut. Ini merupakan saranan & sunnah

Nabi Muhammad saw.

Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu adalah

kerana paras sodium yang tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang yang langsung

tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik

dalam badannya.

Maklumat Nutrisi

Item

Setiap 100gm

Tenaga

300 kcal

Jumlah Lemak

0.1 gm

Karbohidrat

80.5 gm

Jumlah Gula

40.2 gm

Protien

0.1 gm


Bahan Kandungan:

Ekstrak Jagung, Ekstrak Gingko Biloba, Ekstrak Buah Pala, Ekstrak Kurma,

Ekstrak Kismis, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara (VCO), Madu & Garam Bukit.

Adunan Istimewa: Larutan Tinta Zaafaran 30 Juzuk, Air Zamzam, Bacaan Selawatshifa & Bismillah 6 (Sebagai ikhtiar dan medium bagi menambah keberkesanan

dan keberkatan).

Siapa yang memerlukan produk ini:

- Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, ibu-ibu yang mengandung, warga emas

serta semua orang yang ingin sihat dan bertenaga serta mereka yang ingin memelihara

diri dari masalah saraf dan nyanyuk.

- Mereka yang banyak menggunakan daya ingatan, tumpuan serta kuasa minda untuk

berfikir seperti para pelajar, guru, pensyarah dan pelajar / guru yang menghafal Al-Quran.

- Para pesakit saraf serta mereka yang mengalami masalah lemah tenaga fizikal &

mental, perjalanan darah yang tidak setabil dan sering terlupa.

- Pesakit dibetes, darah tinggi, demam kuning dan melibatkan masalah hati,

hempedu & paru-paru.

- Paling istimewa untuk ibu-ibu mengandungi bagi memeliharai kandungan

dan bakal melahirkan anak-anak yang soleh / solehah yang genius, berilmu,

beriman dan beramal.

- Istimewa juga untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang hyper aktif,

degil, tidak mendengar cakap ibubapa, sukar bersolat atau ingkar melakukan amal

kebajikan.

- Istimewa untuk mereka yang menghadapi masalah sihir, gangguan makhluk halus,

gangguan mental, sering rasa takut atau gemuruh.


HOME

BUY

No comments:

Post a Comment